KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KANDIS , BACHOK , KELANTAN
Asalamualalaiku w..b.t.
Terlebih dahulu dipanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah kerana dengan limpah Izin-Nya dapat kami menyiapkan laman web sekolah ini .Sesungguhnya laman ini amat berguna untuk menjadikan panduan dalam mereallisasi setiap perangcangan dan program sekolah pada masa depan.
Aspirasi untuk melihat Sekolah Kebangsaan Kandis sebagai sebuah sekolah cemerlang dalam semua aspek akan menjadi realiti sekiranya kita mempunyai perangcangan yang betul serta mempunyai strategi dan pendekatan berkesan ke arah mencapai matlamat murni ini .
Kecemerlangan sesebuah sekolah dan pelajar dalam bidang akademik dan kurikulum adalah berkait-rapat dengan kekuatan organisasi sesebuah institusi tersebut.Oleh itu sesebuah organisasi itu perlu disusun-atur dengan rapi dan cukup berkesan .
Sesungguhnya apa yang dihailkan ini adalah terjemahan daripada sikap komitmen dan kerjasama yang cukup daripada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kandis yang tidak kenal penat lelah , jemu dan kecewa .
Insyaalah , semoga Allah memberkati usaha murni kami semua .
Sekian , Wassalam ...............