SEKOLAH KEBANGSAN KANDIS , BACHOK , KELANTAN .
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kandis diasaskan pada tahun 1947 oleh Tuan Haji Saad Bin Chik iaitu Penggawa Dearah Telong . Nama Kandis diambil sempena pokok asam kandis yang banyak terdapat di kawasan sekitar sekolah pada masa itu . Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini mempunyai 35 orang murid dan seorang guru iaitu Cikgu Mohammad bin Yusof serta sebuah bilik darjah yang dibina secara gotong-royomg . Murid-murid diajar menulis , membaca dan mengira . Tulisan dan bacaan jawi diutamakan . Jarak sekolah ini dengan bandar Bachok lebih kurang 16 km.
Pada tahun 1956 , sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru dengan bilangan bilik darjah sebanyak 4 buah dan keramaian murid bertambah kepada 134 orang . Pembinaan bangunan baru itu , dengan bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan . Manakala guru bertambah menjadi 7 orang .
Pada tahun 1960an 2 buah rumah guru telah didirikan untuk kemudahan guru . Ini kerana pada masa itu sekolah ini dianggap kawasan pendalaman kerana sukar dari segi pengangkutan . Pada tahun 1978 murid-murid sekolah ini telah meningkat kepada 220 orang dan bilangan guru meningkat kepada 9 orang . Oleh itu sebuah bangunan 2 tingkat dan satu bangunan kantin didirikan .
Apabila jalan-raaya siap dibina menghubungkan Dearah Telong dengan kawasan luar , bilangan murid bertambah menjadi 326 orang dan 13 orang guru . Dengan siapnya perkampungan Nelayan Kandis { 1988 } bilangan murid terus bertambah kepada 436 orang . Pada tahun1989 , pihak sekolah telah mendapat projek secara gotong royong { rm 100 000.00 } untuk digunakan bagi membina bangunana Pusat Sumber dan Bangunan Asrama Desa .
Kedua-dua bangunan tersebut adala daya usaha Tuan Haji Ahmad Shahibudin b Haji mohd. Noor . Kerajaan terus memberi bantuan dimana pada tahun 1993 sekolah mendapat 2 lagi projek iaiatu 2 unit rumah guru kelas F dan seunit dewan makan asrama . Oleh sebab bilangan murid senantiasa bertambah , kerajaan telah meluluskan 3 buah lagi bilik darjah yang baru .
Pada tahun 1996 , sekolah ini telah mempunyai 16 kelas termasuk satu kelas pra . Bilangan murid bertambah kepada 604 orang dan tenaga penganjar seramai 27 orang . Pada tahun 2002 satu lagi projek besar telah dijalankan iaitu satu set lengkap asrama desa yang dapat memuatkan 200 orang murid .
Moga berjaya dimasa hadapan
PETA KEDUDUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KANDIS ,
16310 BACHOK , KELANTAN

TAPAK DAN FIZIKAL SEKOLAH
Keluasan Kawasan Sekolah : 12 ekar
Bilangan Bangunan : 5 blok bangunan
Bilik darjah : 1 bilik pra sekolah
: 1 bilik PSS
: 1 bilik KH
: 1 bilik makmal Sains
: 1 bilik sukan
: 1 bilik buku teks
: 1 bilik koperasi
: 1 bilik guru
: 1 bilik stor
: 1 bilik pejabat
: 1 bilik guru besar
: 1 bilik PK 1
: 1 bilik PK 2
: 1 bilik PK KO
Asrama Desa : 1 buah
Kantin : 1 buah
Musalla : 1 buah
Garaj : 2 buah
Kemudahan Sukan : 1 padang permainan
" VISI & MISI "
Misi dan Visi Sekolah Kebangsaan Kandis ialah Guru Penjana Kecemerlangan Pendidikan . Misi dan visi ini diideakan oleh yang berusaha Tuan Haji Ab. Aziz bin Awang Guru Besar di sekolah ini pada tahun 1998 .
Beliau memilih misi dan visi ini berdasarkan daripada pengalaman beliau . Beliau amat berhati-hati dalam memilih kata-kata yang sesuai dan mempunyai maksud yang mendalam dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat .
Setiap perkataan dalam misi dan visi ini mempunyai maksud tertentu . Penjana membawa maksud guru-guru Sekolah Kebangsaan Kandis memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dibidang akademik . Misi dan visi ini amat sesuai dengan wawasan kerajaan yang mahukan semua rakyat Malaysia mempunyai taraf pendidikan yang tinggi .
MATLAMAT SEKOLAH
Untuk memperkembangkan ilmu
pengetahuan kepada murid-murid
disekolah ini secara menyeluruh . Dan juga
untuk mewujudkan murid-murid yang seimbang
dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan .
Akan melahirkan insan yang berguna
untuk keluarga , bangsa dan negara .
PIAGAM PELANGGANSEKOLAH KEBANGSAAN KANDIS
BERILMU , BERIMAN DAN BERAMAL
1. Memberi bimbingan yang berterusan kepada murid-murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira.
2. Berusaha untuk memastikan peningkatan murid-murid ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dar setahun ke setahun .
3. Memberi pendidikan dan layanan yang mesra dan adil kepada murid pada setiap masa .
4. Menanam dan memupuk sikap dan nilai murni dikalangan murid-murid agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia sepanjang hidup mereka .
5. Berusaha melibat ibubapa dan masyarakat setempat dalam proses pembentukan generasi yang penyayang .
Semoga berjaya dimasa hadapan .....